KATA KATA ALUAN GURU BESAR



AssalamualaikumWarahmatullahhiwabarakatuh

Syukur Alhamdulillah dipanjatkan rasa kesyukuran kepada yang Maha Kuasa atas inayahNya membuka minda guru-guru untuk berkolaborasi bersama guru Pendidikan Agama Islam dan akhirnya wujudlah satu Blog yang direka khusus untuk surau sekolah SK Taman Palma.

Tahniah dan terima kasih kepada semua pihak terutama guru media dan PanitiaPendidikan Agama Islam SK Taman Palma yang menjayakan penghasilan Blog Surau Al-Husna. Harapan saya supaya Blog ini akan menjadi medium komunikasi yang berguna untuk warga sekolah memperolehi maklumat dan pada masa yang sama dapat mengimarahkan surau dengan pelbagai aktiviti keagamaan yang menarik dan berkesan secara interaktif dalam memupuk minat dan sikap warga sekolah untuk memanfaatkan surau sebagai pusat kegiatan ilmu dan ibadah.

Sesuai dengan perkembangan semasa, penggunaan teknologi maklumat dan media massa yang sangat efektif untuk dijadikan sebagai medium penyampaian dakwah bertepatan dengan kehendak KPM supaya pihak sekolah lebih menekankan aspek pengunanaan ICT dalam penyampaian PdPc guru.

Semoga Blog ini akan terus di kemaskini dan di sajikan dengan ilmu-ilmu agama yang bermanfaat untuk kita kongsikan bersama sebagai bekalan di akhirat kelak.

Akhir sekali, jutaan tahniah kepada semua guru yang bertungkus-lumus membina blog ini,semoga usahamurni yang dilakukan dengan "tanpaSyarat" ini akan mendapat keberkatan dari Allah swt.


Wabillahhitaufikwalhidayah

No comments:

Post a Comment